Monday, July 23, 2007

Kursus Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Parlimen Lembah Pantai di Air Keroh

Seramai 15 ahli Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai diketuai Zalina Tan Sri Abdul Halim telah mengikuti Kursus Jentera Pilihanraya di Air Keroh pada 20-22 hb Julai 2007 lalu.

Kursus yang berlangsung di Putra International College itu diilhamkan YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Ia merangkumi pembabitan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional dan Parti Komponen di semua kawasan Parlimen Wilayah Pesekutuan. YB Datuk Seri sendiri hadir di hari terakhir kursus dan berpuas-hati dengan penglibatan serta kerjasama parti-parti komponen di Lembah Pantai.

Puan Aini Hussain, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai yang juga Pengerusi Biro IT UMNO Bahagian itu telah diberikan amanah mengetuai Unit Komputer. Antara tindakan pertama unit tersebut semasa kursus ialah merangka dan membentangkan pelan tindakan unit berkenaan kepada semua 200 peserta .

Antara agenda termasuk :

1. Melahirkan satu sistem Pengkalan Data Pengundi, Lembah Pantai Database Management Sistem – LPDMSyang mempunyai maklumat lengkap pengundi dan ahli UMNO beserta parti komponennya

2. Mengemaskini “LPDMS” dengan maklumat kecenderungan pengundi daripada rekod K10

3. Melengkapkan Bilik Gerakan Peti Undi dengan “LPDMS” dan dikendalikan oleh Puteri

4. Mendapatkan rekod pengundi yang telah keluar mengundi pada hari mengundi

5. Menubuhkan Team “Cyber- Warrior” yang bertanggungjawab memberi maklumat sebenar berhubung dasar kerajaan, memantau blog /laman web pembangkang dan membidas tohmahan mereka terhadap Kerajaan.


Ketua Unit Komputer Jentera Pilihanraya Parlimen Lembah Pantai, berhasrat melahirkan seberapa ramai pemantau dan penulis siber di kalangan Puteri bahagian tersebut.

Bagi menjayakan Unit Komputer Jentera BN Lembah Pantai, komitmen serta dedikasi tidak berbelah-bagi daripada ahli Puteri Bahagian tersebut sangat diperlukan. Pengalaman Pilihanraya ke 11 akan dijadikan panduan dalam usaha memantapkan Unit Komputer ini supaya lebih efisien dan menyumbang secara proaktif dalam usaha mendapatkan kemenangan besar bagi Barisan Nasional di Kawasan Parlimen Lembah Pantai.

No comments: