Wednesday, August 15, 2007

Dakwaan Anggota Puteri UMNO Dipinggirkan Apabila Memasuki Wanita UMNO

Kenyataan Rasmi Oleh Rosnah Haji Abdul Rashid,

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Dalam temubual melalui telefon pada 13hb Ogos 2007, YB Rosnah Haji Abd Rashid Shirlin, selaku Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia menyatakan tentang persediaan-persediaan Puteri dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Anggota Puteri telah diberi kursus pendedahan pilihanraya, selain itu juga puteri-puteri negeri telah melancarkan gerak kerja pilihanraya sebagai persediaan menghadapi pilihanraya yang akan datang.


Beliau juga menyatakan apabila seseorang ahli Puteri genap berumur 35 tahun secara otomatik keahlianya akan bertukar kepada ahli Wanita, kecuali puteri yang memegang jawatan dan akan bertukar keahlian pada pemilihan yang akan datang.


Ahli puteri yang memasuki wanita juga tidak menghadapi masalah dan diterima baik oleh pergerakan wanita. Terdapat juga ahli puteri yang bertukar kepada ahli wanita diberi kepercayaan untuk memegang jawatan dan ada juga sebagai ahli biasa kerana ini adalah hakikat dalam politik.


YB Rosnah sebagai Naib Ketua Puteri Malaysia, secara peribadi menyatakan jawatan dalam parti tidak penting tetapi yang paling utama ialah sumbangan dan kesetiaan kita terhadap parti.


Menyentuh tentang persoalan Puteri masuk Wanita dan bertanding dalam merebut jawatan adalah tidak sihat dan seperti yang beliau nyatakan sebelum ini jawatan tidak penting, yang penting adalah perpaduan dan perjuangan di dalam parti.


Menyentuh juga tentang isu 'Kerusi dalam Parti', Beliau menyatakan Puteri menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan, Puteri tidak menentukan nilai kerusi yang harus diserahkan kepada Puteri.


Beliau juga menyatakan setakat ini pergerakan Puteri mempunyai Dua org ADUN, Seorang Senator dan juga Ahli Parlimen.

No comments: