Thursday, December 6, 2007

DAMAI MALAYSIA KECAM DEMONSTRASI JALANAN


Dipetik dari blog Publius Melayu


DAMAI MALAYSIA, ia itu gabungan lebih 400 NGO hari ini mengecam HINDRAF, BERSIH dan Majlis Peguam Malaysia di atas kecenderungan mengadakan demonstrasi jalanan.

Dengan di hadiri ratusan penyokong di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pagi tadi, DAMAI MALAYSIA sekeras-kerasnya menekankan bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia sekarang ini.

Turut berucap menyuarakan sokongan kepada status quo perpaduan kaum dan keamanan di Malaysia di perhimpunan tersebut termasuk wakil-wakil dari pertubuhan Cina, India, Cina Muslim, Sikh dan banyak lagi.

Ucapan oleh wakil ALMA (Alumni Pelajar Amerika Utara), Roslan Latif, antara yang diberi tepukan gemuruh. Roslan menyetuh tentang pelbagai isu pokok termasuk kontrak sosial selain mengimbau kembali keperihatinan dan sikap kesabaran dan terbuka masyarakat Melayu terhadap kaum lain sejak berzaman.

No comments: