Orang seberang sudah lama ketawa...mereka sudah berjaya. Malaysian-Malaysia dipinta kini mula menjadi menjadi nyata. Dulu Melayu berjuang bermati-matian...untuk menegakkan hak bangsa dan ibunda, mungkinkah ini akan hilang dengan begitu sahaja?
Sunday, March 30, 2008
Renungan bangsa...
Friday, March 28, 2008
Puteri Bera kesal kebiadaban terhadap Sultan Pahang
Hati ini geram membaca pendedahan oleh blogger Another Brick in the Wall yang tersiar dalam blog Kak Pah Kepo hari ini.
Rasa terharu mendapati seorang anak gadis yang menggelar dirinya seorang puteri Pahang jati begitu mengambil berat ke atas apa ayang berlaku terhadap sultan yang disayanginya itu. Terharu dan berbangga kerana masih ada anak muda yang memegang kepada kesetiaan kepada raja sebegitu kental...
Petikan blognya seperti berikut:
Nampaknya sikap keterbukaan, tolak ansur serta pembuktian demokrasi masih hidup di Malaysia telah disalaherti oleh sesetengah pihak.
Angin perubahan menerusi suara rakyat yang dicetuskan melalui peti undi pada 8 Mac lalu digunakan mereka yang menganggap kemenangan pembangkang melalui suara hati sebahagian besar rakyat sebagai pasport untuk menunjukkan taring dan membalas dendam.
Segelintir manusia ini melepaskan geram tak kena tempat sehinggakan DYMM Sultan Pahang sendiri didiskriminasikan.
Laporan insiden yang melampau itu tersiar dalam blog Another Brick in the Wall Voice (klik di sini untuk membacanya).
Sebagai anak seorang puteri Pahang jati dari kawasan Bera, saya tidak sampai hati mendengar Sultan yang amat disayangi rakyat ini diperkecilkan sebegitu rupa.
Saya berharap agar pihak Penerbangan Malaysia mengambil berat perlakuan krew pesawat syarikat tersebut.
Saya juga berharap tindakan tidak bertamaddun yang dipamerkan dalam insiden itu tidak memberi isyarat kepada segelintir golongan yang begitu ego ini naik tocang berikutan perubahan yang berlaku di Malaysia di atas nama keutuhan demokrasi sebenar.
Tuesday, March 25, 2008
Pemilihan UMNO tidak patut ditunda
Dipetik dari blog Lenggong Valley
Jawatankuasa perhubungan UMNO negeri yang berjumpa dengan Pak Lah hujung minggu lalu sekata meminta supaya pemilihan parti ditunda ke tahun hadapan.
Rasional yang diberikan kerana khuatir jika diadakan pada Ogos ini ia mungkin memudaratkan parti. Sehubungan itu mereka berpendapat fokus sekarang ini patut ditumpukan kepada usaha memulihkan UMNO.
Komen Blogger:
Yang nyata UMNO amat memerlukan pemulihan segera. Sebarang penyakit sebaik-baiknya dikesan, dikenalpasti dan diubati pada peringkat awal.
Masalah yang dihadapi UMNO memang ketara sekali kini dan sememangnya perlu diadakan perbincangan dan pemilihan seberapa segera. Ini kerana pemilihan melalui pilihan raya parti adalah di antara satu-satunya ubat yang mujarab untuk UMNO.
Bukankah langkah perubatan melalui pemilihan awal satu cara ideal bagi memulihkan UMNO?
Sunday, March 23, 2008
Pengundi Melayu terlanjur
Ramai orang Melayu mengundi pembangkang dalam PRU 12, tetapi ia tidak bermakna mereka mengundi menentang keistimewaan dan hak mereka sebagai Bumiputera. Kedua-duanya masih menebal kekal di hati hampir semua orang Melayu (dalam apa jua bentuk dan perspektif).
Oleh itu sebarang cubaan untuk memansuh atau menghadkan semua keistimewaan orang Melayu akan menyaksikan masyarakat Melayu menentang habis-habisan.
Bagaimanapun, apabila berlaku ancaman seperti yang timbul kini, orang Melayu mula menyesal kerana keterlanjuran mereka menggugat dan melemahkan pesada kuasa ibunda hingga membawa kepada keadaan sekarang.
Dalam pada itu jari-jari masih menuding ke arah hanya seorang sebagai penyebab kekalahan di lima negeri selain kemerosotan di negeri-negeri lain. Mereka yang menuding jari hanya nampak akan kesilapan seorang tetapi begitu liat melihat kepada diri sendiri.
Ini boleh dibandingkan dengan tindakan positif bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang akur dengan kekalahan dirinya, Gerakan dan BN.
Beliau tidak segan melihat kepada realiti sambil mengakui sikap keangkuhan dan kelemahan menangani keresahan rakyat punca sebenar tamparan hebat yang diterima.
Saturday, March 22, 2008
Anwar & BR Kidding the Malays?
The statement by Tan Sri Khalid Ibrahim on the NEP is alienating the Malays.
He probably kids himself into thinking his ASN & ASB has done wonders. Has it really? There are millions of poor Malays and pribumis still.
Can PKR /DAP help these poor natives without NEP? Some poor Malays reject development, prefering to remain poor...but they forget there is AIDs, drugs, free sex, Mat Rempit, crime, etc. Its so convenient to blame UMNO but the highest incidence of AIDS is on the East Coast!
If PKR and the Barisan Rakyat dont watch out, they can fast lose Malay support, and thats only in hardly 2 weeks.
Anwar may turn from a hero to an anti-hero. If Wan Azizah were to step down and Anwar were to stand in a bye-election, would the Malays show their disappointment by not voting him? Or can he still fool the sleeping Malays? Who is educating the Malay natives to know the real world?
Pak Lah, Pokoknya Niat...
Sekarang, persoalannya ialah sama ada iklim segar yang dibawa kabinet baru akan memungkinkan Pak Lah membukti prestasi kepemimpinan sebenar dalam usaha mentransformasikan kerajaan (khususnya BN dan UMNO) pada penggal keduanya.
Dalam menangani persoalan ini, Pak Lah juga perlu menyedari akan faktor-faktor lain yang sedang berlaku, terutama :
- Faktor Anwar, iaitu kemungkinan berlakunya pilihan raya kecil dan kembalinya ke Parlimen; Potensi kemantapan pakatan di antara DAP, PKR dan PAS di bulan-bulan akan datang;
- Keretakan dalam UMNO yang semakin meluas
Kesemua elemen ini, jika mampu meraih tenaga, boleh menyukar atau menggagalkan segala usaha Pak Lah membina dan seterusnya mendefinasikan semula corak Kerajaan.
Seperti pepatah Inggeris,"Jalan ke arah kemusnahan selalunya berturapkan niat yang baik."
Zionis menyokong Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Malaysia Akan Datang?
Terjemahan rencana oleh Shani Ross, Kordinator bagi Program Eksekutif & Persidangan di Institute Antarabangsa Anti Pengganasan (ICT), Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel (International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre).
Diterbitkan dalam akhbar Israel, Jerusalem Post pada Mac 20, 2008
Parti-parti pembangkang Malaysia telah meraih kejayaan signifikan pada pilihan raya parlimen yang diadakan pada Ahad, 8 Mac. Kejayaan mereka mencerminkan gelora desakan ke arah perubahan politik yang semakin berkembang seiring anjakan demokrasi yang semakin meluas di Malaysia.
Keputusan pilihan raya tersebut bermakna parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak lagi menguasai 2/3 majoriti di parlimen. Ia bermakna kuasanya kini sedikit sebanyak terhad, contohnya kerajaan tidak akan dapat melakukan sebarang pindaan terhadap perlembagaan atau membuat sebarang perlantikan penting tanpa sokongan daripada pembangkang.
Kesimpulannya, keputusan pilihan raya itu mewujudnya satu mekanisme imbangan (check and balance) yang merupakan prinsip amat perlu dalam mana-mana demokrasi tulen.
Parti pembangkang yang terbesar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi, iaitu kemenangan signifikan berbanding kemenangan hanya satu kerusi pada pilihan raya umum 2004. Ramai yang beranggapan kejayaan PKR kali ini disebabkan pemulihan-semula karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pejuang Islam moderat, keadilan beragama dan budaya serta demokrasi liberal, populariti Anwar semakin bertenaga hinggakan terdapat laporan yang meramalkan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya pembangkang terus menang pada pilihan raya akan datang.
Anwar memulakan karier politiknya pada 1982 apabila memasuki UMNO, yang kini parti terbesar dalam pakatan pemerintahan Barisan Nasional (BN). Parti UMNO pernah dipimpin Mahathir Mohamad, iaitu Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan tersebut.
Pada 1991, Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993. Penggal Anwar sebagai Menteri Kewangan merangsangkan perkembangan dan kesejahteraan ekonomi yang tidak pernah dirasai sebelum itu. Kejayaan tersebut telah menjulang populariti dan sokongan terhadap dirinya.
Bagaimanapun, karier politik beliau terhenti secara tiba-tiba apabila beliau menyuarakan tentangan kuat terhadap program Mahathir yang menyokong kaum Bumiputera. Ini telah membawa kepada beberapa tuduhan jenayah terhadap Anwar bersabit rasuah dan liwat (hukuman bagi kedua-duanya ialah 6 dan 9 tahun setiap satu, tetapi pada 2004 beliau didapati tidak bersalah bersabit tuduhan meliwat.)
Walaupun pernah menghadapi hukuman jenayah, Anwar muncul sebagai ikon kemajuan politik, keadilan dan kesaksamaan. Sepanjang beberapa tahun ketika itu beliau mendapat sokongan kuat berikutan usaha-usaha yang dilakukan oleh isterinya, Wan Azizah Ismail yang mengasaskan PKR pada 1999 dengan tujuan mendapatkan kebebasan untuk suaminya.
PKR seterusnya telah memastikan kesinambungan agenda reformasi politik. Sejak pembebasannya dari penjara, Anwar meneruskan kempen politiknya. Beliau mencabar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dengan membangkitkan pelbagai isu, terutama 'Dasar Ekonomi Baru.'
Terbetuk pada lewat tahun 70an (kini dikenali sebagai Dasar Pembangunan Kebangsaan), tujuan dasar tersebut ialah untuk mewujudkan suasana perpaduan kebangsaan dengan cara mengurangkan jurang perbezaan di antara masyarakat etnik. Tetapi, bagaimanapun realitinya menghasilkan satu suasana di mana kaum Bumiputera menerima keistimewaan yang membawa kepada peningkatan bilangan kelas perengahan Melayu dan seterusnya mencetuskan tentangan daripada kaum etnik India dan Cina yang tidak menikmati sebarang keuntungan.
Anwar telah menerima pelbagai pujian di atas beberapa kejayaan mewujudkan perpaduan dikalangan parti-parti pembangkang. Ini telah membawa kepada penubuhan satu pakatan yang akhirnya mendapat kemenangan besar, iaitu 82 kerusi daripada jumlah 222 kerusi yang dipertandingankan pada pilihan raya baru-baru ini.
Dianggap di antara pemidato paling berkarisma di Malaysia, penjelmaan Anwar di pletfom politik PKR kini semakin berkembang pesat. Pada Februari 2008, PKR telah menerbitkan satu Manifesto Keadilan berjodol "Subuh yang Baru Untuk Malaysi." Manifesto tersebut menggariskan visi parti ke arah usaha megembalikan Malaysia ke landasan kesejahteraan ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan yang mantap. Dengan penumpuan kepada lima strategi utama, PKR menganjurkan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara berperlembagaan untuk semua di mana hak-hak Bumiputera dijamin sepenuhnya bersamaan hak-hak bukan Bumiputera, lantaran membentuk suasana politik yang tidak berasakan kaum.
Dengan peningkatan rasa tidak puas hati rakyat terhadap status quo politik sekarang ini, agenda reformasi PKR seperti di perjuangkan Anwar dilihat sebagai satu-satunya perubahan yang semakin diinginkan oleh rakyat Malaysia. Larangan politik ke atas Anwar akan berakhir pada hujung April depan, dan sekiranya benar apa yang dilaporkan, beliau akan menang dengan mudah dalam pilihan raya kecil dan seterusnya meneruskan peranannya di parlimen setelah isterinya mengosongkan kerusi.
Beberapa penganalisis meramalkan sejurus setelah kembali ke arena politik, Anwar perlu terus membuktikan kecekapannya. Beliau perlu memastikan parti-parti pembangkang yang telah begitu lama berpecah bersepadu dalam pakatan ke arahs melakukan perubahan di negeri-negeri di mana mereka memegang majoriti. Sekiranya mereka boleh melakukan ini, para penganalisis seterusnya meramalkan pakatan pembangkang itu akan mendapat peluang besar untuk menewaskan parti pemerintah pada pilihan raya 2013 dan akan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sunday, March 16, 2008
Sebuah lagi kerajaan Islam menjadi lemah
BARISAN NASIONAL
- UMNO-79 kerusi
- Gerakan-2 kerusi
- MIC-3 kerusi
- MCA-15 kerusi
- PBS-3 kerusi (Parti Bersatu Sabah)
- UPKO- 4 kerusi (Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Bersatu)
- SAPP-2 kerusi (Sabah Progressive Party)
- PBRS-1 kerusi (Parti Bersatu Rakyat Sabah)
- LDP-1 kerusi (Liberal Democratic Party )
- SPDP-4 kerusi (Sarawak Progressive Democratic Party)
- PBB- 14 kerusi (Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak)
- SUPP-6 kerusi (Sarawak United People Party)
- PRS-6 kerusi (Parti Rakyat Sarawak)
Jumlah Kerusi BN ialah 140. Jumlah kerusi orang Islam di Parlimen ialah 89, termasuk 10 daripada parti PBB di Sarawak dan 12 dari Sabah. Jumlah kerusi bukan Islam dalam BN ialah 51.
PEMBANGKANG
Jumlah kerusi Pembangkang di Parlimen ialah 82 kerusi. Pecahan ialah seperti berikut:
PKR- 31 kerusi, PAS- 28 kerusi, DAP- 23 kerusi. Jumlah 82 kerusi.
Jumlah kerusi pembangkang Islam ialah 48 berbanding 34 Bukan Islam.
Daripada 31 kerusi PKR, 20 orang Melayu, 7 orang Cina dan 4 orang India.
Keseluruhan kedudukan kerusi mengikut bangsa dalam Parlimen:
- Melayu: UMNO: 78 orang
- PBB : 9 orang (Leo Michael Toyad dikecualikan)
- PAS: 23 orang
- PKR: 20 orang
Jumlah : 130 org
Ini menunjukan kuasa dan tempat bergantung orang Melayu dan Islam di Parlimen masih lagi pada UMNO berbanding parti-parti lain yang tidak ramai ahlinya orang Islam. Namun, oleh kerana UMNO sudah kekurangan kerusi, kuasa Melayu dalam kerajaan juga telah berkurangan.
Cina
- DAP: 21 orang
- Gerakan: 2 orang
- MCA: 15 orang
- PKR: 7 orang
- PBB: 1 orang (Leo Michael Toyad)
- SUPP: 5 orang
- LDP: 1 orang
- PBS: 1 orang
Jumlah: 53 org
Kuasa politik dan pendesak orang Cina adalah pada DAP dan bukan lagi pada MCA dan Gerakan. Jelas sekali sesiapa bersekongkol dengan pakatan Kafir Harbi ini, iaitu DAP, telah meletakkan kedudukan dan hak orang Melayu pada kedudukan yang sentiasa boleh dicabar pada bila-bila masa saja di Parlimen. Patutlah Ong Ka Ting dan Koh Tsu Koon meletak jawatan.
India
- MIC: 3 orang
- PKR: 4 orang
- DAP: 7 orang
Jumlah: 14 orang
Kuasa politik dan pendesak orang India juga letak pada DAP bukan lagi MIC.
Bumiputera Sabah dan Sarawak: 25 org
Biarpun Ketua Pembangkang orang Melayu dari PKR, tetapi Cina dan India akan menjadikan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dari DAP sebagai Ketua Pembangkang. Mereka ini jelas memusuhi orang Islam. Inilah padahnya apabila orang Islam dalam PAS dan PKR menafikan kerajaan BN yang pemimpin teratasnya orang Islam -- bukan seperti DAP yang mempunyai ikatan longgar dengan PAS dan PKR. Ketua teratasnya ialah seorang Kafir Harbi yang bernama Lim Kit Siang.
Inilah padahnya bila orang Melayu di Perak dan Pulau Pinang tidak mahu mengundi orang Gerakan, MCA dan MIC yang bersama dalam pakatan BN di sana. Mereka merobohkan pakatan BN yang pemimpin teratasnya ialah orang Islam dari UMNO. Kesannya, apabila DAP memerintah, ketua teratas mereka bukanlah orang Islam dan hanya Ketua Pembangkang seorang Islam, dan dalam percaturan sebegini dua negeri telah pun tergadai kepada Kafir Harbi.
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang baru saja mengumumkan semua tender kerajaan akan dibuat secara terbuka. Bukankah ini menunjukkan sudah tiada lagi keistimewaan untuk tender bumiputera?
Perkara yang sama pernah disuarakan oleh MCA. Bila BN sudah tiada kuasa 2/3 dalam Parlimen, sebarang agenda pembangunan bangsa untuk orang Melayu amat sukar dibahas dan dipersetujui bersama sebagai dasar kerana ianya sudah pasti ditentang hebat oleh orang Cina dan India dari DAP yang memang jelas bermusuh dengan orang Islam.
PAS dan PKR telah bersekongkol dengan DAP di Pulau Pinang dan Perak untuk menjatuhkan kerajaan BN. Mereka sudah pasti tidak akan berani bersuara membela nasib orang Melayu lagi di Parlimen.
Mereka sudah berfikiran liberal dan terbuka.
Di sini perlu diperkatakan bahawa liberalisme dan keterbukaan yang dimaksudkan dalam konteks ini sebenarnya adalah konsep yang diterapkan oleh petualang luar bagi melemahkan bangsa Melayu dan agama Islam. Kedua-duanya alat anasir luar untuk memperjuangkan agenda kemusnahan. Islam sudah sememangnya liberal dan terbuka, tetapi apa yang diinginkan anasir-anasir dan petualang musuh Islam ialah liberalisme dan keterbukaan dalam konteks minda bukan Islam dan manusia semata-mata)
Inilah padahnya apabila mereka yang mengundi menafikan dua pertiga BN dan menjatuhkan calon UMNO.
Apakah mereka ini tidak berdosa kepada agama kerana menafikan kekuatan sebuah kerajaan Islam yang tunjangnya adalah UMNO?
Agenda Barat telah berjaya melemahkan kekuatan sebuah lagi negara Islam bernama Malaysia. Mereka telah menggunakan strategi DIVIDE & RULE di negeri-negeri Melayu sekali lagi menerusi kerjasama PAS, PKR dan DAP.
Orang Melayu harus sedar. Tatkala Cina bersatu mengambil angin baru dalam politik, orang Melayu masih lagi sibuk bertikam mencari kuasa dan kekayaan (Perlis, Trengganu, dan lain-lain), tanpa memandang berat terhadap keadaan di mana kuasa politik yang ada sudah pun terhakis oleh bangsa lain sedikit demi sedikit. Wallahu'allam.
Wednesday, March 5, 2008
Jangan biarkan kemarahan mengkaburkan pilihan
Pengundi-pengundi di bandar memendam kemarahan. Bagaimanapun, mereka perlu mengundi secara rasional atau akan menghadapi risiko umpama pepatah, 'marahkan nyamuk kelambu dibakar.'
Hakikatnya, jika anda tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinanag atau Perak, kemungkinan besar anda seorang pengundi yang marah dan akan memangkah untuk pembangkang di kertas undi nanti.
Ada yang marahkan Kerajaan, tetapi macam mana sekalipun sama ada seseorang calon itu dari DAP, PKR atau PAS, yang penting dia daripada pihak pembangkang.
Inilah sebenarnya demokrasi di mana pilihanraya adalah gelanggang untuk memutuskan pilihan. Malaysia tidak terkecuali. Pengundi akan mimilih sama ada Barisan Nasional atau Pembangkang.
Di kawasan-kawasan bandar yang didiami penduduk kelas pertengahan, seolah-olah jalan paling pantas untuk menjadi popular sekarang ini ialah dengan cara mengikut arus pro-kerajaan.
Bagi seseorang wartawan, dia akan dianggap begitu berani dan objektif apabila dia menulis mengkritik kepimpinan kerajaan dan menyokong pembangkang.
Mereka yang bersemangat berkobar-kobar berhujah tentang kebebasan bersuara kemungkinan besar tidak akan dapat menerima pendapat-pendapat berbeza, lantaran ada di kalangan mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan mencaci selain melancarkan serangan peribadi daripada cuba mempengaruhi orang dengan pendirian mereka atau membahaskan sesuatu pendirian secara logik.
Macam inilah. Kita akur bahawa sistem yang ada sekarang mempunyai banyak kepincangan. Ramai di antara kita yang berpendapat institusi-institusi yang ada sekarang masih memerlukan banyak perubahan.
Kita merasakan yang sistem tersebut perlu dirombak semula kerana kita tidak tahan dengan pelbagai insiden salah pengurusan dan ketidakcekapan. Tetapi, persoalannya di sini ialah samada wujud pilihan lain?
Tetapi apabila masyarakat bukan Islam bercakap tentang keinginan untuk mengundi PAS, sebuah parti yang tidak akan teragak-agak untuk menukar cara hidup mereka, maka pada masa itu mereka seharusnya menilai semula pendirian.
Sejak dua minggu lalu, pelbagai kenyataan daripada pemimpin PAS telah menunjukkan bahawa mereka tidak pernah berubah, dan memang benar pun kerana sebelum ini mereka tidak pernah berjanji akan bertukar.
Beberapa hari lalu Mursiydul Am PAS Nik Aziz Nik Mat memberitahu hadirin di perhimpunan di Hotel Nikko Kuala Lumpur bahawa sesiapa yang mengundi PAS akan ke syurga. Ini bermaksud mereka yang bukan Islam akan dikecualikan.
Sementara itu Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang pula berkata tidak salah bagi seseorang menjatuhkan aib lawan dalam politik. Terdahulu dari itu, dia dikatakan enggan bersalam dengan calon BN pada hari penamaan calon.
PAS dahulu dan PAS sekarang masih yang sama. Tiada perubahan. Walaupun pada dasarnya mereka bersetuju berkerjasama tidak cara langsung dengan DAP, hakikatnya masih tiada ruang untuk mereka yang bukan Islam.
Tuesday, March 4, 2008
Demokrasi Amerika: Hadi Awang dipengaruhi imperialis...
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa amalan demokrasi diamalkan BN tidak betul kerana bukan seperti di Amerika Syarikat yang membenarkan rakyatnya melakukan tunjuk perasaan walaupun di depan bangunan Rumah Putih.
Kenyataan tersebut disusuli janji PAS membenarkan orang ramai mengadakan bantahan melalui demonstrasi jalanan jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ini dan dapat membentuk kerajaan.
Hadi berkata parti itu tidak akan menghalang demonstrasi jalanan kerana Pas mahu membentuk kerajaan yang mengamalkan demokrasi sebenar.
Dia berkata, tindakan pihak berkuasa menghalang tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan tidak mencerminkan amalan demokrasi, sebaliknya kerajaan demokrasi sebenar harus memberi kelonggaran kepada rakyat menyuarakan bantahan.
Dengan menyatakan demikian, Hadi secara terang menyokong sistem demokrasi Amerika yang sebelum ini disifatkannya sebagai pincang dan menindas Islam di seluruh dunia.
Komen blogger:
Perkembangan pengaruh Eropah adalah tindakan yang berlaku secara sedar. Ia mempunyai justifikasi dan rasional yang dibentuk oleh sejarah, idea dan identiti dunia Kristian. Kesemua ini dipaparkan secara terang dan jelas dalam beberapa siri penyataan (Papal Bulls & Charters) yang memberi lesen kepada pengembaraan dan pelayaran di atas nama perkembangan tamadun, walaupun ia lebih berupa pengembaraan untuk merompak dan mencabul kedaulatan negara-negara lain. Inilah asas dan rasional yang kononya mensahihkan perkembangan pengaruh barat di serata dunia.
Sekali gus, tindakan barat pada zaman silam itu terukir sebagai ideologi yang kononya benar tanpa megambil kira tamadun-tamadun lain di dunia. Kesemuanya telah membawa kepada imperialisme dalam pelbagai samaran dan bentuk. Pendirian dan ideologi yang tertanam sejak ratusan tahun lalu kini diteruskan dalam bentuk apaa yang diperhatikan sebagai 'hyper-imperialism' Amerika pada hari ini.
Dan dalam konteks penyataan Hadi Awang mengenai ketamadunnan demokrasi ala Amerika, ia jelas membuktikan bahawa Hadi telah dipengaruhi minda imperialis Amerika.
Anwar’s Dilema
Anwar and PKR are closely aligned with PAS, under what used to be known as BA.
This poses a lot of problems for him personally, especially because he feels he has to engage the world's interest, for instance by meeting right-wing leaders from Washington and shady European think tanks, that would all like to groom him as a "moderate Muslim leader".
Anwar's around-the-world trip to meet political leaders and his friends who occupy key posts in Washington and Europe had a twofold and win-win objective: his recruitment in the West's effort to groom him as an agent of 'change' before he takes power; and to make the point that PAS is not a "fundamentalist" Islamic party, as Western leaders fear, but a liberal and democratic party which the West could "work with" should it come to power.
Monday, March 3, 2008
Percaturan di Taiping: UMNO beri jalan...
Awal-awal lagi Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata kerusi Parlimen Taiping antara kerusi BN yang bermasalah.
Kerusi Parlimen Taiping berupa pertandingan satu lawan satu antara Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan calon DAP.
Perebutan kerusi itu antara PPP dan Gerakan menjadi "perang" terbuka setelah diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004 dan walaupun isu tersebut diselesaikan dengan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe bertanding di kawasan Parlimen Gerik, ia masih isu hangat.
Ketua Pemuda DAP Perak Nga Kor Ming yang melawan Kayveas, bagaimanapun bukan calang-calang orang kerana dia antara jaguh parti itu di Perak setelah membuktikan "kehebatan" sebagai Adun Pantai Remis.
Banyak elemen yang menyebabkan pergeseran tetapi punca utama adalah masalah perebutan kerusi dan penerimaan parti komponen lain terhadap gaya presiden PPP itu yang dikatakan kurang disenangi kerana terlalu lantang dan "bongkak".
Taiping kubu kuat Gerakan sejak 1969 tetapi apabila ia diserahkan kepada PPP pada pilihan raya 2004, majoriti undi BN merosot malah jumlah undi dikutip calon DAP dan PKR dalam pertandingan tiga penjuru itu melebihi undi yang diterima Kayveas.
Semua kerusi DUN di Taiping pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS di Kamunting dan BN dan DAP di Aulong dan Pokok Assam.
Gerakan lega kerusi Taiping akan dikembalikan kepada mereka pada pilihan raya akan datang dan Ketua Wanitanya Tan Tan Lian Hoe akhirnya mendapat kerusi tetap tanpa perlu "menyusahkan" Umno yang terpaksa memberi laluan dengan menyerahkan Bukit Gantang pada 2004 dan Gerik pada kali ini.
Jumlah pengundi berdaftar di Taiping adalah 65,889 dan daripada jumlah itu, 50.29 peratus adalah pengundi Cina diikuti Melayu (35.20 peratus ), India (13.33 peratus ) dan bangsa lain (1.17 peratus ).
Sharizat: Bukan calang orang yang boleh menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai
"Bukan calang-calang orang boleh menjadi wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai yang kini sebahagian daripada metropolis Kuala Lumpur," kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada ceramah kawasan Parlimen Lembah Pantai Isnin malam.
Shahrizat berkata BN teguh di Lembah Pantai kerana rekod baiknya dan wakil rakyat yang turun padang dalam membantu membangunkan taraf hidup penduduk dan kawasan itu.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyakarat yang juga penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai tiga penggal berturut-turut berkata, beliau memahami setiap keperluan penduduk setelah berkhidmat di kawasan itu sejak 1995.
Shahrizat bertekad mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai dalam pertandingan dengan Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata Kerinchi dan Pantai Dalam yang dulunya kawasan setinggan telah berubah wajah apabila kerajaan membangunkan dan membina beberapa projek perumahan rakyat bagi menempatkan semula penduduk di kawasan tersebut.