Wednesday, April 9, 2008

Kerajaan baru Selangor silap langkah?


Tak sampai sebulan menduduki persada pemerintahan di negeri Selangor, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tersilap langkah. Strategi perhubungan awam yang sepaptutnya kental dan tidak tiris air menjadi hampas.

Pengumuman kelulusan untuk kawasan menternak babi di negeri itu yang bernilai RM100 juta mengejutkan hampir seluruh masyarakat Melayu. Sebagai kaum majoriti di Selanagor, orang Melayu beragama Islam menganggap tindakan tersebut langsung tidak mempedulikan sensitiviti mereka.

Walaupun projek ternakan babi itu akan dilaksana menggunakan kaedah terkini berteknologi tinggi bagi 'menjaga alam sekitar', namun pada asasnya ini tidak relevan. Ia tidak relevan kerana yang lebih penting ialah kepentingan sebahagian besar suara hati penduduk.

Tan Sri Khalid mendakwa kononya projek tersebut telah diluluskan kerajaan pimpinan Khir Toyo pada Januari lalu, tetapi ini disangkal oleh seorang pegawai kanan negeri.

Ada yang mengatakan Teresa Kok yang kini menganggotai kerajaan baru negeri Selangor, menganggap perkara tersebut remeh bagi orang Melayu kerana dia mendapati babi berkeliaran di kampung orang Melayu di Tumpat, Kelantan. Sebenarnya yang dia melihat dari jauh ialah masyarakat Siam bukan Islam di Tumpat yang mempunyai iras Melayu.

Dari sudut kebijaksanaan mengendali strategi imej dan PR, Kerajaan Selangor jelas telah gagal...dan ini hanya permulaan.

No comments: