Sunday, February 24, 2008

Pertandingan Tiga Penjuru di Lembah Pantai


Calon BN Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau, calon PKR serta seorang calon bebas pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Shahrizat yang menjangka berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR Nurul Izzah Anwar menerima satu lagi tentangan daripada calon bebas Periasamy a/l Nagarathnam, bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Bukit Bintang.

Kawasan Parlimen Lembah Pantai mempunyai 56,650 pengundi berdaftar. Pada pilihan raya 1986, ketika kerusi parlimen itu baru diwujudkan tiga calon bertanding iaitu antara Ahmad Nor (Parti Demokratik Sosialis), Yap Kew Sing (DAP) dan Abdul Razak Abu Samah (BN).

Pada pilihan raya 2004 Shahrizat yang juga Naib Ketua Wanita Umno memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 15,288 undi mengalahkan calon PKR Sanusi Osman.

No comments: