Thursday, February 21, 2008

UMNO Lenggong berkorban?

Kerusi Parlimen Lenggong yang dimiliki UMNO diserahkan kepada Gerakan bagi membolehkan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe bertanding bagi kerusi itu dalam pilihan raya umum Mac 8 ini.
 
Dalam nada sebak, Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata keputusan sukar itu terpaksa dibuat bagi meleraikan kekusutan apabila Gerakan tetap berpendirian untuk menuntut kembali kerusi Parlimen Taiping miliknya yang sebelum ini dijanji dipinjamkan hanya sepenggal untuk ditandingi oleh PPP pada pilihan raya umum 2004 lepas.
 
"Saya sedar sebenarnya yang paling teruk menerima bahana daripada pergolakan ini ialah Umno Bahagian Lenggong dan Gerik kerana kami terpaksa menerima Datuk Tan Lian Hoe bertanding di Lenggong dan Ketua Pemuda Umno Lenggong (Datuk Shamsul Anuar Nasarah) bertanding pula di kawasan Parlimen Gerik dan penyandang Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh tidak bertanding," katanya.
 
Tajol berkata keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan paling sukar dalam karier politiknya.

No comments: