Thursday, February 14, 2008

Rakyat Malaysia keluar mengundi 8 Mac


Hampir 11 juta rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi untuk menentukan kerajaan memerintah bagi tempoh Parlimen ke-12 pada 8 Mac berikutan pembubaran Parlimen Rabu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengumumkan perkara itu berkata, tempoh berkempen kali ini ditetapkan selama 13 hari, bermula daripada hari penamaan calon pada 24 Feb sehingga tengah malam sebelum hari mengundi.

Pengundian kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di 12 negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya peringkat negerinya pada 2006.

Jumlah pengundi kali ini bertambah kira-kira 600,000 berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

SPR berkata writ pilihan raya akan dikeluarkan kepada kesemua pegawai pengurus yang dilantik di 222 kawasan pilihan raya pada Jumaat, sementara notis pula akan dikeluarkan pada keesokan harinya.

Sebanyak 30 parti politik yang berdaftar dengan SPR layak  mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum Ke 12.

No comments: